Friday 25 February 2011

TAJUK :
MASJID ISMAIL PETRA , TANAH MERAH , KELANTAN

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMAD SHAMEER BIN MOHD SAMSURI
2010422216

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151

PROGRAM :
DIPLOMA SAINS
(AS120)

PENGHARGAAN :

     Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah juga saya menyiapkan tugasan yang diberi kepada saya ini. Tugasan yang bertajuk Masjid Ismail Petra ini dapat saya siapkan dalam masa 5 minggu selepas tugasan ini diserahkan kepada saya.
Oleh itu, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pertamanya kepada pihak atasan Masjid Ismail Petra yang telah membenarkan saya melakukan kajian terhadap masjid ini, tidak lupa juga kepada kakitangan masjid yang sangat ramah membantu saya dalam menjawab segala persoalan yang timbul.
Selain itu , ribuan terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ibubapa saya, Mohd Samsuri Bin Abdul Rauf dan Sabariah Binti Pawan kerana banyak membantu dan member dorangan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini .
Tidak lupa juga kepada pensyarah CTU151 iaitu Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin kerana telah memberi saya tunjuk ajar dan juga bahan rujukan yg membolehkan saya menyiapkan tugasan yg diberikan oleh beliau .

Akhir sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya ASD2En yang banyak membantu saya dan memberi idea yang bernas agar kami dapat menyiapkan tugasan ini
ISI KANDUNGAN
1)    PENDAHULUAN
2)    KONSEP MASJID
3)    HURAIAN
3.1 Sejarah Penubuhan Masjid Dalam Islam
3.2 Rekaan Dan Infrastruktur Masjid
3.3 Fungsi Masjid
3.4 Sejarah dan Garis masa Penubuhan Masjid Ismail Petra
3.5 Reka Bentuk dan Seni Bina Masjid Ismail Petra
3.6 Aktiviti  yang dijalankan di Masjid Ismail Petra
4 ) PENUTUP
5 ) RUJUKAN

PENDAHULUAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t, Tuhan pencipta dan pentadbir sekalian alam, serta limpah rahmat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. serta kerabat keluarga, para sahabat, serta sekalian hambaNya di muka bumi ini.
Tujuan esei ini dihasilkan adalah untuk mengkaji semula sejarah penubuhan Masjid Ismail Petra yang terletak di Tanah Merah Kelantan . Secara umumya , Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah akan tetapi ramai yang tidak mengetahui akan fungsi dan kemudahan yang boleh didapati di masjid ini . Selain itu , esei ini juga adalah untuk menceritakan keistimewaan masjid tersebut .
Harapan saya , Muhamad Shameer agar dapat menghargai keunikan Masjid Ismail Petra ini dan dapat dijadikan salah satu pusat ibadat selain pusat pelancongan di Malaysia . Selain itu juga , saya juga menyahut agar pembaca dapat mengubah perspektif pemikiran umat Islam yang menyatakan bahawa masjid hanya tempat menunaikan solat bersama-sama .

KONSEP
           Definisi masjid boleh difahami dalam pelbagai tahap. Secara umumnya masjid dimaksudkan sebagai ‘tempat sujud’ (sajadah), iaini ‘tempat mengerjakan sembahyang’. Ini boleh membawa pengertian bahawa keseluruhan bumi adalah masjid kerana sembahyang boleh dikerjakan dimana-mana saja di atasnya (Hadith). Manakala tempat khusus bagi mengerjakan sembahyang disebut musolla. Malah tikar sembahyang turut disebut ‘musala’ (Kamus Dewan), mungkin bertujuan menyampaikan maksud ‘tempat sembahyang’. Definisi masjid dari sudut sosio-politik dapat difahami dengan mempelajari kaedah dan peranannya seperti mana yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabatnya  Dalam konteks ini masjid adalah sebuah tempat berkumpul. Lebih tepat lagi ia adalah sebuah tempat masyarakat berkumpul bagi tujuan mendapatkan secara kolektif keredhaaan dan keberkatan Ilahi. Ia tentunya mengandungi unsur sakral jika dibandingkan dengan tempat perkumpulan yang lain seperti padang bola, pasar, laman bandar (urban square), jalan dan laluan (street) dan sebagainya. Lebih penting lagi masjid adalah sebuah institusi dimana pelbagai aktiviti seperti urusan pentadbiran, mahkamah, mengatur strategi peperangan, ucapan politik, perdebatan, menerima tetamu, membantu musafir dan si-miskin, bersyair, dan sebagainya berlaku dalam kawasan dalaman (zullah) dan perkarangan terbuka (sahn) Masjid Nabawi.

HURAIAN
3.1 Sejarah Penubuhan Masjid Dalam Islam
Pada 8 Rabiul Awal (ada yang mengatakan 12 Rabiul Awal) tahun pertama hijrah, ketika Nabi Muhammad s.a.w bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq melakukan penghijrahan ke Makkah, mereka telah membina sebuah masjid yang pertama dalam Islam dan masjid ini diberi nama Masjid Quba’. Kedudukan masjid ini sekarang terletak kira-kira 10 km dari selatan pusat Bandar Madinah dan 4 km dari Masjid Nabawi. Baginda bersama Saidina Abu Bakar telah berjaya menyiapkan masjid ini dalam tempoh kira-kira 5 hari. Keluasan masjid ini pada awalnya adalah 50 meter persegi dan mempunyai ketinggian 1 meter dari aras permukaan tanah.Pada awalnya, tiang masjid ini hanyalah diperbuat daripada pohon-pohon tamar sahaja. Namun, lihatlah kini betapa gahnya Masjid Quba’ dengan seni bina dalaman yang unik membuatkan ribuan manusia yang menunaikan Haji ingin bersolat di dalamnya
Seterusnya setelah Nabi Muhammad SAW menjadikan Madinah sebuah negara, baginda mendirikan pula Masjid Nabawi bagi mengembangkan syiar Islam melalui pembangunan masjid ini. Masjid Nabawi didirikan di Mirbad,di mana ianya merupakan tempat unta Rasullah SAW berhenti setibanya di Madinah, merupakan sebidang tanah milik dua orang asuhan As’ad bin Zurarah yang bernama Sahal dan Suhail. Harga tanah ini ialah sepuluh dinar emas sumbangan wakaf Abu Bakar As-Siddiq. Proses pembinaan Masjid Nabawi dimulakan dengan membersihkan pohon-pohon kurma liar dan membongkar beberapa kuburan musyrikin dan tanahnya diratakan. Pohon-pohon kurma kemudiannya ditebang dan dipasang berderet-deret sebagai tanda kiblat masjid itu yang pada mulanya mengadap Baitul Maqdis. Keluasan masjid Nabawi pada awalnya adalah 100  hasta panjang kemudian masjid ini telah diperkukuhkan lagi dengan batu dan pemasangan asas pembinaan. Pelbagai kegiatan telah diadakan di masjid Nabawi termasuk perbincangan keilmuan, tempat mengadakan perjanjian, tempat para sahabat berbincang mengenai strategi peperangan dan sebagainya.
3.2 Rekaan Dan Infrastruktur Masjid
Kubah masjid
Salah satu ciri khas yang terdapat di masjid adalah kubah. Kubah kebanyakannya boleh didapati berbentuk bawang seperti di daerah India dan Pakistan. Sekarang, kebanyakan masjid yang terdapat di Malaysia mempunyai kubah berbentuk bulat, kubah juga kemudian diperbesar dan diperluas mengikut keluasan tempat ibadah di bawahnya.
Menara Masjid
Pada awal zaman Rasullah SAW, masjid-masjid tidak memiliki menara. Menara kebiasaannya bertujuan muazin melaungkan azan. Awalnya, menara masjid telah dibangunkan di Basra oleh khalifah Muawiyah 1 untuk menyaingi menara loceng yang terdapat di gereja. Kebiasaannya menara masjid berada tinggi dan terletak di hujung kompleks masjid. Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi mempunyai menara masjid yang tertinggi di dunia.
Tempat ibadah
Ruang solat yang terdapat di masjid kebiasaannya luas tanpa sebarang perabot bagi memudahkan perjalan ibadat dan solat dilakukan. Ruang ibadah ini kemudiannya dibahagikan kepada dua untuk jemaah lelaki dan juga perempuan. Pada hari Jumaat, ruang ibadah wanita dibuka bagi memuhi jemaah lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Ruang solat kemudiannya mengadap Ka’bah sebagai kiblat umat Islam.
 Mimbar
Mimbar ataupun disebut juga sebagai minbar adlah pentas ataupun platform untuk imam berdiri memberi khutbah Jumaat dan juga khutbah Aidil Fitri dan juhga Aidil Adha. Kedudukan mimbar yang tinggi dijadikan agar imam dapat melihat para jemaah yang hadir. Hari ini, mimbar dihias indah mengikut ukiran tradisional dan juga ukiran Asia Timur. Mimbar kelihatan seperti menara dan berkubah di atasnya. Pada zaman dahulu, mimbar hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri untuk imam.
Mihrab
Mihrab pula adalah bahagian dari bangunan masjid  yang kebiasaannya digunakan sebagai tempat imam memimpin solat berjamaah. Mihrab terletak di hadapan ruang solat, dindingnya lekuk ke dalam bagi menandakan tempat kiblat.
Pada zaman sekarang, masjid telah diperluaskan lagi fungsi dan ruang ibadahnya. Kita boleh dapati masjid sekarang bukan sahaja mempunyai tempat ibadah, mimbar, mihrab dan sebagainya, bahkan masjid sekarang telah mempunyai ruang dewan makan, bilik diskusi, perpustakaan, menyediakan perkhidmatan menguruskan jenazah dan sebagainya.
3.3 Fungsi Masjid
Di antara fungsi masjid ialah:

l Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.

l Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.

l Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.

l Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.

l Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.

l Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.

l Tempat letaknya Baitulmal negara.

l Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.

l Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.

l Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).

Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:

l Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.

l Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.

l Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.

Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.

Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk:

l Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.

l Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan.

l Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.

l Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan

l Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam.

Semua perkara ini harus diwarnai dengan keadaan fizikal bangunan masjid, namun semestinya melaksanakan peranan masjid sebagaimana yang disebutkan di atas. (Quraisy Shihab, Wawasan al-Qur'an hlm: 463).
3.4 Sejarah dan Garis Masa Penubuhan Masjid Ismail Petra
Sejarah Ringkas Masjid
Masjid Besar Tanah Merah atau lebih dikenali sebagai Masjid Ismail Petra Tanah Merah, terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah, Kelantan.
Upacara meletak batu asas bangunan masjid ini telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj Perdana Menteri Malaysia, pada 7 haribulan safar Tahun Hijrah 1389, bersamaan dengan 24 haribulan April Tahun Masehi 1969.
Keluasan masjid ini lebih kurang 23,000 kaki persegi dan mampu memuatkan 5000 orang jamaah setiap waktu. Masjid ini terdiri daripada 3 ruang solat. 1 ruang di bahagian bangunan lama dan ruang kedua pada bangunan tambahan baru dan ruang ketiga pada tingkat 2 bangunan baru.


Gambar Masjid

Info : Tanah Merah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh.

Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Kini bandar ini menjadi bandar kedua pesat berkembang selepas Bandar Kota Bharu.

Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah Merangkumi Tiga Daerah Penggawa, iaitu:
  • Daerah Kusial
  • Daerah Hulu Kusial
  • Daerah Jedok

Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Pada Tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai Jajahan penuh pada tahun 1986.

3.5 Reka Bentuk Dan Seni Bina Masjid Ismail Petra
Keluasan masjid ini lebih kurang 23,000 kaki persegi dan mampu memuatkan 5000 orang jamaah setiap waktu. Masjid ini terdiri daripada 3 ruang solat. 1 ruang di bahagian bangunan lama dan ruang kedua pada bangunan tambahan baru dan ruang ketiga pada tingkat 2 bangunan baru.

3.6 Aktiviti Di Masjid Ismail Petra


PENUTUP
          Kesimpulannya, dapat kita lihat di sini bagaimana masjid memainkan peranannya dalam mengukuhkan institusi ummah bagi umat Islam. Masjid menjadi tempat bagi semua ummat Islam berkumpul bukan sahaja untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT yang Esa, malah menjadi pusat bagi pembangunan fikiran, pusat menambahkan ilmu di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara saudara sesama Islam. Masjid Putra, menjadi lambang keunggulan Islam bagi rakyat Malaysia yang boleh dilihat dari senibinanya yang unik dan indah, malah di masjid inilah tempat pengukuhan ukhwah sesama mukmin.

RUJUKAN
i  Masjid Ismail Petra Jalan Tanah Merah , Tanah Merah Kelantan
ii Lawan Web Masjid Ismail Petra masjidbesartm.blogspot.com/